Kelantan Warriors mengesahkan kehadiran awang import Thailand, Wutthikai Rattanasut, dan tekong utama, Apirak Promanee, untuk menghadapi cabaran Piala Juara-Juara Liga Sepak Takraw (STL) bermula 22 hingga 28 Disember ini.

Pengurus pasukan, Ahmad Syazwan Muhammad Hassan, yakin kedua-dua pemain import itu mampu menguatkan cabaran Warriors yang diundi dalam Kumpulan B bersama ATM Guardians, Negeri Sembilan Antlers, China, Indonesia dan Singapura.

"Alhamdulillah, pemain import kami sudah tiba dan bersedia untuk menjalani latihan intensif menjelang saingan kemuncak Piala Juara-Juara STL di Johor Bahru," katanya.

"Apirak dan Wutthikai akan membuat penampilan istimewa petang esok apabila turun dalam aksi persahabatan menentang Naratiwat TC selepas final Piala Timbalan Menteri Besar yag turut dijadualkan pada hari yang sama."