KL Thunder mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) divisyen perdana selepas mengatasi Johor Tigris 2-1, di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.

Johor menurunkan Faisal Fuad sebagai tekong, Muqlis Borhan (feeder) dan perejam, Noraizat Nordin mempamerkan aksi yang cemerlang dalam set pertama, menang 21-10 ke atas gandingan berpengalaman KL Thunder, Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Amirul Zazwan. Perang psikologi yang ditampilkan oleh Noraizat ternyata memberikan kesan kepada permainan KL Thunder.



Pertukaran strategi set kedua membuahkan hasil buat pendahulu saingan itu, Aizat Azmi masuk menggantikan Syahir, Hanafiah Dollah mengambil alih tempat Azlan Alias memberikan kelancaran permainan pasukan hingga merekodkan kemenangan 21-15.

Set penentuan menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengutip mata hingga mengheret perlawanan ke 20-20, servis Syahir yang kelihatan longlai membuka peluang keemasan Johor namun dipersia-siakan Faisal namun KL sekali lagi menemui jalan untuk memastikan kemenangan 24-22 sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah.

Keputusan lain:

PERAK BISON 0 KELANTAN WARRIORS 2