Perancangan jadi penentu STL Divisyen 1 -- Ismi

Oleh Staff Writer 7 Disember 2016 29
Perancangan jadi penentu STL Divisyen 1 -- Ismi
Pertembungan Liga Sepak Takraw (STL) Divisyen 1 di Stadium Tertutup Serdang Jaya (MPSJ) Selangor kian sengit apabila lima pasukan masing-masing berpeluang untuk layak ke peringkat separuh akhir.
 
Perak, Selangor, PSM A, PDRM dan Negeri Sembilan hanya dipisahkan dengan jurang mata yang kecil dan ia sekaligus memberikan peluang seimbang kepada pasukan-pasukan tersebut.
 
Menurut jurulatih Perak, Ismi Hissan Ismail, minggu ini bakal menjadi 'talian hayat'
apabila setiap pasukan akan melalui tiga perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
 
"Perancangan perlu tepat dan untuk lebih selesa, kami perlu menang dua perlawanan supaya tekanan berkurangan.
 
"Pastinya Negeri Sembilan dan Putrajaya adalah pencabar utama kami," ujarnya lagi.
 
Negeri Sembilan dibarisi pemain daripada skuad elit Malaysia dan Piala Raja Thai 2016,
Mohd Khairol Zaman Hamir Akhbar dan pemain kebangsaan 2015 Mohd Syazreenqamar Salehan.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen