Perak Bison laung keyakinan

Oleh Hairi Yahaya 28 September 2017 539
Perak Bison laung keyakinan
Juara divisyen 1, Perak Bison, mahu kehadiran mereka dalam kancah Liga Sepaktaktaw (STL) di Stadium Tertutup Serdang Jaya , Selangor, yang akan bermula esok sehingga 19 November ini dirasai.

Justeru, jurulatih Perak Bison, Ismi Hissan Ismail, mahu anak buahnya mempamerkan semangat kesukanan tinggi untuk terus memberikan persembahan terbaik dalam kejohanan kali ini.

"Sasaran kami ialah untuk kekal dalam liga ini.  Maklumlah ini tahun pertama kami beraksi di peringkat tertinggi STL.

"Bagaimanapun, kami tetap menghidu peluang untuk mencipta sesuatu dalam penyertaan sulung kami dalam edisi keempat ini," ujar Ismi.

Esok, Perak Bison akan bertemu juara bertahan, Penang Black Panthers, dalam Piala Sumbangsih manakala akan menentang Kelantan Warrriors pada Ahad.

Lapan pasukan akan bertanding dalam Liga Perdana STL. Selain Perak Bison, juara bertahan, Penang Black Panthers, dan naib juara divisyen 1, Selangor Piston, turut memulakan kempen esok.

Pasukan Liga Perdana STL 2017:
1. Penang Black Panthers
2. Johor
3. Kelantan
4. Kuala Lumpur
5. Terengganu
6. ATM Guardian
7. Perak Bison
8, Selangor Piston

Tentang Penulis

Hairi Yahaya

Komen