Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail, , memberi bayangan Liga Sepak Takraw (STL) berkemungkinan akan kembali semula pada 30 Oktober depan.

Ia sejurus Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat 27 Oktober depan.

Bagaimanapun, Ahmad memberi bayangan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat akan dikenakan bagi mengelak insiden seperti sebelum ini berulang.

Seorang jurulatih sebuah pasukan yang beraksi dalam STL dikatakan mempunyai kontak rapat dengan seseorang yang positif COVID-19, mujurlah ujian calitan yang dilakukan ke atas jurulatih itu kemudian menunjukkan keputusan negatif.

"Daripada segi venue saya tidak nampak ada sebarang masalah.

"Apa yang saya bimbangkan apabila pemain pulang ke kampung masing-masing sepanjang PKPB ini.

"(Saya ingin menasihati mereka supaya) tidak usaha sah keluar rumah kalau tidak keperluan. Apabila mereka balik ke kampung, kami juga tidak tahu di mana mereka berkumpul dan kalau boleh (pihak yang terlibat) tidak usah naik bas lagi, minta setiap pasukan sediakan pengangkutan untuk tujuan keselamatan.

"Sekarang kalau tiada STL dalam televisyen ibarat keluar rumah tidak bawa telefon bimbit. Begitulah kecewanya penonton di rumah.

"Setakat ini kami (pelan kami) akan diteruskan pada 30 Oktober ini," katanya dalam temu bual maya eksklusif bersama Astro Arena, hari ini.

Kedudukan Liga Premier setelah tamat minggu ketiga, KL masih lagi diatas liga diikuti Kelantan dan ATM dengan masing masing telah bermain 7 perlawanan. #STL2020 #INIMILIKKITA

Posted by SepakTakraw League on Sunday, October 4, 2020