Peguam dari Itali bakal hadiri sesi perbicaraan isu boikot Piala Raja Thai

Oleh Shaiful Shamsudin 30 Disember 2016 2
Peguam dari Itali bakal hadiri sesi perbicaraan isu boikot Piala Raja Thai
Tiga pegawai dan sembilan pemain bakal menghadap Jawatankuasa Disiplin, Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) di Bangkok pada 11 Januari depan bagi sesi perbicaraan isu boikot serta doping dalam Kejohanan Piala Raja Thailand, Oktober lalu. 

"Pihak kami akan meneliti semua hujah-hujah yang telah disiapkan oleh pihak pasukan sepak takraw Malaysia yang akan diambil kira dalam membuat keputusan pada 11 Januari nanti," kata Setiausaha ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader.

Segala hujah yang telah diberikan oleh skuad sepak takraw negara yang memboikot aksi final berpasukan dalam kejohanan itu serta dakwaan enggan melakukan ujian doping bakal dijadikan bukti untuk menetapkan hukuman sewajarnya ke atas mereka. 

Cadangan Abdul Halim agar perbicaraan diadakan di Kuala Lumpur, bagaimanapun, ditolak kerana melibatkan ramai pegawai lain. 

Perbicaraan berkenaan turut akan dihadiri oleh peguam dari Itali bagi menilai kes itu di Bangkok nanti. 

"Kami akan mengambil kira juga pemain-pemain yang terlibat sedang dalam persiapan untuk menghadapi Sukan SEA di Malaysia. 

"Tetapi kesalahan yang dilakukan adalah serius dan pihak kami akan menimbangkan fakta-fakta yang telah dibentangkan oleh pemain dan pegawai, termasuk pengurus pasukan sepak takraw Malaysia."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen