MSKPPM: Kelantan mahu langkah kanan

Oleh Farizal Yusoff 16 Disember 2019 711
MSKPPM: Kelantan mahu langkah kanan
Skuad sepak takraw Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Kelantan (PSKPPK) mahu memulakan aksi Kumpulan C, Kejohanan Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (MSKPPM) Ke-47 dengan mencatat kemenangan ke atas Pahang di Dewan Taman Paya Rumput Perdana, Melaka pagi esok.

Ketua jurulatih Kelantan, Zairullah Yusuf, berkata perlawanan pertama cukup penting sambil mengingatkan pemainnya supaya tidak lalai dan memberi tumpuan penuh terhadap aksi pembukaan Kumpulan C itu.

“Insya-Allah, kami akan turun dengan semangat perjuangan yang tinggi untuk memburu kemenangan pertama,” katanya.
 
Zairullah juga menjelaskan skuadnya telah menjalani latihan intensif selama seminggu dan sempat mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan, termasuk menentang regu Kelantan Warriors yang akan beraksi dalam saingan Piala Juara-Juara STL.

Katanya lagi, gandingan pemain berpengalaman seperti ketua pasukan, Rosli Che Wil; bekas pemain kebangsaan, Awie Seman, Shamsul Nordin, Khairul Anuar Dollah, Mohd Zaimi Aboo Jubar dan Shamsul Bahari Abdul Manap, menjadi sandaran Kelantan untuk mencabar pasukan lain. 

Untuk rekod, Kelantan yang muncul sebagai pemenang pingat gangsa di Sarawak tahun lalu, diundi bersama Pahang, Sabah dan Kedah dalam Kumpulan C.

 

Tentang Penulis

Farizal Yusoff

Komen