MOM pandang serius isu doping skuad sepak takraw negara

Oleh Staff Writer 24 November 2016 2
MOM pandang serius isu doping skuad sepak takraw negara
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memandang serius kes doping membabitkan skuad sepak taraw negara.

Menurut Setiasuaha Agung MOM, Datuk Low Beng Choo, setiap persatuan sukan kebangsaan, khususnya yang terbabit dengan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur tahun depan, seharusnya mengambil langkah sewajarnya menangani isu berkenaan.

"Malangnya baru-baru ini ada beberapa kes yang melibatkan atlet gagal ujian doping dan kini pula atlet enggan menjalani ujian doping.

"Semua persatuan sukan kebangsaan perlu mengambil tindakan sewajarnya supaya semua atlet dan pegawai sedar mengenai kod Agensi Anti Doping Dunia (WADA) dan tindakan yang perlu diambil.

"Perkara seperti itu tidak boleh disembunyikan," jelasnya.

Walaupun kecewa isu doping masih berlaku, Beng Choo berasa lebih baik gejala itu terus dibenteras kini daripada ia terus berlaku dalam Sukan SEA tahun depan.

"Jika perkara seperti ini berlaku, lebih baik ia berlaku sekarang supaya persatuan kebangsaan serta pihak berkenaan boleh mengambil tindakan dan langkah-langkah yang sepatutnya supaya perkara itu tidak berlaku pada masa depan, khususnya ketika Sukan SEA 2017."



Anda juga boleh mendapat berita ini melalui Stadium Astro app. Muat turun sekarang https://www.stadiumastro.com/ms/mobile-app

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen