Selepas saingan terhenti akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan Oktober lalu, STL akhirnya kembali dan ia dimulakan dengan pertembungan antara Kelantan Warriors dan PDRM Defenders.

Kelantan yang menurunkan gandingan Adam Aiman selaku tekong, Aidil Aiman selaku apit kiri dan Naim Izani selaku perejam -- menerima tentangan sengit gandingan PDRM pada awal set sehingga kedudukan terikat 13-13.

Bagaimanapun, kemasukan perejam baru, Asyraaf Zawawi menggantikan Naim yang cedera memberi nafas baru, Kelantan mudah raih mata pertama dengan menang set pertama 21-14.

PDRM cuba bangkit dalam set kedua namun tapi kesilapan tekong, Syahmi Husin yang banyak melepaskan mata pada saat genting menyukarkan misi membawa perlawanan ke set penentuan.

Kesempatan itu tidak dilepaskan Kelantan, sekaligus menoktahkan kemenangan 21-16.