Kemelut dalaman Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) terus panas,dan seperti dijangka, giliran Persatuan sepak Takraw Kedah pula umum keluar daripada naungan badan induk itu.

Punca utama adalah hilang keyakinan apabila PSM gagal memberi sebab yang kukuh kepada ahli gabungan apabila terpalit dengan penggantungan oleh Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).

Dalam masa sama, Persatuan Sepak Takraw Perlis pula, yang telah pun dibatalkan keahlian pada 2018, menyokong penuh usaha dilakukan PESTAK.

Ini bermakna empat ahli gabungan sudah pun keluar bermula dengan Kelantan, Johor serta Selangor.

"Kami telah mengambil keputusan untuk keluar daripada PSM kerana hilang keyakinan terhadap kredibiliti badan induk itu," kata Timbalan Presiden PESTAK, Syed Hussain Syed Abu Bakar.