Isu doping dan boikot dua perkara berbeza -- ISTAF

Oleh Staff Writer 24 November 2016 1
Isu doping dan boikot dua perkara berbeza -- ISTAF

Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) menafikan tindakan badan induk itu ada kaitan dengan keputusan pasukan Malaysia enggan meneruskan perlawanan akhir acara berpasukan menentang Thailand dalam saingan Piala Raja Thai.

"Tidak ada kaitan dengan kes pemain-pemain Malaysia yang enggan meneruskan pertandingan ketika perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Raja Thai kerana itu adalah isu yang berlainan," jelas Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Halim Kader.

Dalam Kejohanan Piala Raja Thai, bulan lalu, pasukan Malaysia memutuskan untuk memulaukan perlawanan akhir selepas tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil perlawanan.

Selain itu, skuad negara juga memulangkan pingat dan piala selaku naib juara sebagai tanda bantahan.

Menurut Halim, tindakan ISTAF itu adalah berlandaskan kepada peraturan anti doping badan induk itu dan juga selaras dengan kod Agensi Anti Doping Dunia (WADA).

"ISTAF telah memberikan tempoh masa selama 14 hari kepada pegawai dan pemain yang terlibat menerusi Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) untuk mereka mengemukakan hujah-hujah mereka.

"Mereka yang terlibat juga tidak dibenarkan untuk menyertai atau mengambil bahagian dalam apa juga pertandingan sama ada di dalam atau di luar negara."



Anda juga boleh mendapat berita ini melalui Stadium Astro app. Muat turun sekarang https://www.stadiumastro.com/ms/mobile-app

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen