Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail, enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader, mengenai tindakan yang bakal diambil oleh pihaknya.

Ismail berharap perkara itu dapat diselesaikan secara baik bersama pihak ISTAF dan memberikan jaminan badan induk dunia itu akan mendapat penjelasan sewajarnya daripada PSM sebaik sahaja beliau pulang dari luar negara dua minggu lagi.

Apa yang pasti, isu sedemikian berlaku atas alasan yang munasabah.

“Saya terkejut dengan kenyataan tersebut, saya enggan mengulas isu ini, kami mahu menyelesaikan perkara ini bersama ISTAF,” jelas Ismail.

Isu itu timbul apabila regu kedua skuad sepak takraw negara bertindak memulaukan baki aksi dalam final menentang Thailand, dengan mendakwa keputusan pengadil mempengaruhi kekalahan regu pertama.

Malah, skuad negara tidak teragak-agak menunjukkan protes dengan jelas, apabila memulangkan semula pingat serta piala yang dimenangi dalam kejohanan itu.