Terpulang kepada Sobey -- Futra

Oleh Ammar Hakim 5 Januari 2021 13295
Terpulang kepada Sobey -- Futra
'Ia terpulang pada Sobey', hanya itu yang mampu dikatakan jurulatih Terengganu Turtles, Mohd Futra Abdul Ghani, mengenai bekas tekong negara, Zulkifli Razak yang kini dalam dilema untuk beraksi dengan pasukan bagi saingan Liga Sepak Takraw (STL).

Buat pengurus Kelantan Warriors, Ahmad Syazwan, menyatakan telah berunding untuk khidmat pemain yang turut digelar 'Sobey', bagaimanapun perkara itu tidak diluluskan akibat peraturan yang ditetapkan bagi saingan Piala Juara-Juara STL.

Sebelum ini, Sobey terlibat dalam dilema apabila bekas tekong negara itu menerima  tawaran daripada Kelantan dalam saingan STL.

Dalam masa sama, Terengganu juga mendaftar pemain kelahiran terengganu itu untuk beraksi dalam saingan liga berprestij itu.

Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan daripada Terengganu untuk beraksi dengan Kelantan bagi Piala Juara-Juara, peraturan penganjur pula menjadi penghalang Sobey untuk beraksi bersama Kelantan.

"Berdasarkan perancangan kami telah berbincang dengan pihak Terengganu untuk melepaskan Sobey beraksi bersama Kelantan dalam saingan Piala Juara-Juara STL namun khidmatnya tidak dapat digunakan ekoran pihak penganjur yang tidak membenarkan pendaftaran pemain baru bagi saingan tersebut," kata Pengurus Kelantan, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan.

"Bagi saya, ia terpulang kepada keputusan Sobey untuk beraksi bersama Terengganu ataupun tidak," kata Futra.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen