Selepas tiga hari beraksi dalam perlawanan simulasi yang berakhir Sabtu lalu, ia bukanlah prestasi terbaik buat pemain sepak takraw negara, Syahir Rosdi.

Walaupun masih yakin mampu menyumbangkan tenaga dalam persiapan pasukan kebangsaan, namun tekong Kuala Lumpur Thunder itu membayangkan dia masih perlu melalui proses latihan menyeluruh bagi mengembalikan keyakinannya.

"Semuanya berjalan lancar tapi secara peribadinya saya rasakan belum capai tahap antarabangsa kerana kriteria sebagai pemain Malaysia sudah lama tiada.

"Semua pemain kebangsaan sangat bagus jadi saya perlu rebut tempat," katanya ketika ditemu bual maya bersama Astro Arena hari ini.

Sepanjang bulan Ramadan ini, aksi #LigaMalaysia2021 akan diteruskan dan ini dia tarikh perlawanan #LigaSuper2021....

Posted by Team Malaysia on Monday, April 12, 2021



Bagi mencapai prestasi yang diidamkan bagi mengharungi aksi antarabangsa, Syahir menegaskan mentaliti juga perlu disesuaikan.

"Saya perlu bersedia semula sebagai pemain sepak takraw.

"Sikap juga kena diubah memandangkan sudah dua tahun saya meninggalkan skuad ini.

"Saya kena berjuang dari bawah untuk naik secara berperingkat."