STL: Pistons belum mampu gugat keampuhan Thunder

Oleh Muzaffar Musa 25 Disember 2020 946
STL: Pistons belum mampu gugat keampuhan Thunder
Pendahulu Liga Sepak Takraw (STL), KL Thunder, membuka saingan pada hari natal dengan kemenangan straight-set ke atas Selangor Pistons di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.

Berbekalkan rekod 14 perlawanan tanpa kalah, Thunder membariskan Syahir Rosdi (tekong), Azlan Alias (perejam) dan Amirul Zazwan Amir (pengumpan) dalam menghadapi tentangan yang dijangka hebat daripada Pistons.

Telahan itu ternyata benar apabila trio Pistons, Zuhri Zain (tekong), Amirul Syafiq Samudin (perejam) dan Farhan Adam (pengumpan), memberikan tentangan hebat sebelum akur tewas 19-21 dalam set pertama.

Thunder menampilkan aksi berbeza dalam set berikutnya hingga satu ketika mendahului 10 mata pada kedudukan 14-4 hasil libasan mantap Azlan dan servis kencang Syahir.

Syahir kemudian melakukan servis ace ke-12 dalam pertemuan itu untuk merekodkan kemenangan 21-11 buat Thunder.

Dengan itu, Thunder kini hanya dipisahkan dengan satu kemenangan untuk dinobatkan juara STL 2020.

 

Kemenangan ke 15 buat KL musim ini dan kekal tanpa kalah. Dengan kemenangan ini pasukan KL semakin hampir untuk memastikan gelaran juara milik mereka. #STL2020 #INIMILIKKITA

Posted by SepakTakraw League on Friday, 25 December 2020



Keputusan lain:
Johor Tigris 2 Penang Black Panters 0
Negeri Sembilan Antlers 2 Kelantan Warriors 0
Pahang Mammoth 2 PDRM Defenders 1

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen