STL: KL Thunder teruskan rekod tanpa kalah

Oleh Shaiful Shamsudin 2 Oktober 2020 1213
STL: KL Thunder teruskan rekod tanpa kalah
Pasukan pilihan Liga Sepak Takraw (STL) musim ini, Kuala Lumpur (KL) Thunder mengukuhkan lagi kedudukan di persada liga dengan kali ini Negeri Sembilan Antlers dijadikan mangsa.

Azlan Alias berada di bangku simpanan di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi, sementara Syahir Rosdi beraksi bersama dengan Hanafiah Dollah dan Amirul Zazwan Amir.

Syazreen Qamar, Syahmi Ikhwan dan Aiman Fouzee pula membarisi Negeri Sembilan Antlers.

Sebaik set pertama bermula, KL Thunder terus mendominasi dan tidak memberi ruang kepada lawan yang menyaksikan pada satu ketika mereka mendahului 11-4.

Negeri Sembilan kemudian memperkemaskan permainan dan berjaya menghambat kedudukan dengan hanya empat mata di belakang ketika didudukan 13-17.

Namun, kebangkitan anak buah Shahibol Mazlan itu gagal mengekang KL daripada mencatat kemenangan set pertama 21-16.

Negeri Sembilan lebih mengasak dan tidak memberi ruang untuk KL membuka jurang mata yang besar dalam set kedua. 

Bagaimana, tentangan itu tidak kekal lama apabila terpaksa akur dengan keampuhan KL yang mendahului 15-5.

Dengan jurang yang besar sebegitu, KL tidak perlu mengambil masa yang lama sebelum memuktamadkan kemenangan 21- 10 untuk terus selesa di tangga teratas.

 

Masih lagi kekal tanpa kalah harini KL berjaya menewaskan Negeri Sembilan dalam dua set. #STL2020 #INIMILIKKITA

Posted by SepakTakraw League on Friday, October 2, 2020

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen