STL: Johor Tigris tambah derita Pahang Mammoth 

Oleh Shaiful Shamsudin 26 Disember 2020 1120
STL: Johor Tigris tambah derita Pahang Mammoth 
Situasi Pahang Mammoth dalam Liga Sepak Takraw (STL) 2020 semakin terancam apabila gagal mengatasi Johor Tigris dalam pertarungan di Stadium Titiwangsa hari ini. 

Johor turun tanpa tekanan untuk menekan pasukan di kedudukan kedua, ATM Guardians, sementara Pahang terdesak memburu kemenangan untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Pahang, yang menemui rentak kemenangan selepas mengalahkan PDRM Defenders semalam, mempamerkan aksi hambar dalam set pertama dengan melakukan kesilapan-kesilapan mudah terutama di posisi tekong yang menyaksikan Hafizzudin Baharuddin dikeluarkan dan digantikan dengan Fakhrul Akmal Mohamad Nakdin. 

 

Johor mengutip kemenangan bagi terus menghidupkan peluang berada di tempat tiga teratas liga. #STL2020 #INIMILIKKITA

Posted by SepakTakraw League on Saturday, December 26, 2020


Johor Tigris yang menurunkan apit kanan muda, Nur Haziq Norali, dilihat tidak berdepan masalah untuk melakukan libasan libasan kencang hasil umpanan pengumpan berpengalaman, Muklis Borhan, di samping servis Faisal Fuad yang dilihat sering memerangkap lawan. 

Senario itu membolehkan Johor mengakhiri set pertama dalam masa 15 minit dengan mata 21-11.

Naib juara Divisyen Satu itu cuba bangkit dalam set seterusnya dengan melakukan pertukaran di bahagian apit dengan mempertaruhkan Anas Muhaimin, namun kekentalan barisan pemain Johor sukar digugat walaupun di hujung babak permainan Johor seakan hilang punca.

Namun, Nur Haziq harus diangkat sebagai watak untuk perlawanan dengan berjaya melakukan 20 libasan yang menghadirkan mata untuk kemenangan 21-19 Johor. 




Sementara itu, juara bertahan, Perak Bison, semakin longlai apabila menempa kekalahan ke-10 apabila tunduk 14-21, 19-21 kepada pasukan tercorot, PDRM Defenders dalam perlawanan yang diselubungi pertikaian keputusan pengadil. 

 

PDRM mengejutkan Perak harini dengan perlawanan yang berkesudahan dalam dua set #STL2020 #INIMILIKKITA

Posted by SepakTakraw League on Saturday, December 26, 2020


Dalam aksi terakhir malam ini, ATM terus menjarakkan diri dengan Johor dalam perebutan tempat kedua STL selepas mengetepikan cabaran Negeri Sembilan Antlers 2-0. 



 

ATM berjaya mengukuhkan tempat mereka apabila berjaya menewaskan Negeri Sembilan. #STL2020 #INIMILIKKITA

Posted by SepakTakraw League on Saturday, December 26, 2020
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen