ATM Guardians mungkin terlepas untuk mempertaruhkan khidmat Hairul Hazizi Haidzir dalam Liga Sepak Takraw (STL) kerana masih menantikan debaran keputusan mengenai kecederaannya.

Tekong utama itu mendedahkan sudah dibelenggu kecederaan di bahagian pinggul itu sejak dua tahun lalu, namun meneruskan aksinya memandangkan memainkan peranan utama bersama Guardians.

"Saya masih belum tentu dapat beraksi musim ini kerana masalah tulang belakang.

"Semuanya bergantung kepada kata putus daripada doktor," katanya ringkas.



Sehubungan itu, Guardians menyenaraikan tiga calon tekong bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan susulan krisis COVID-19, perebutan gelaran musim ini bakal menampilkan pemain tempatan sahaja.

"Saingan musim ini nampak seimbang kerana ketiadaan pemain import," katanya lagi.