STL: Guardians sah bergelar naib juara

Oleh Muzaffar Musa 29 Disember 2020 3687
STL: Guardians sah bergelar naib juara
ATM Guardians sah bergelar naib juara Liga Sepak Takraw (STL) apabila menewaskan pencabar terdekat, Johor Tigris, 2-0 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.

Seperti diduga, perlawanan di antara pasukan di tangga kedua dan ketiga liga itu berlangsung sengit apabila Guardians, yang dibarisi Hairul Hazizi Haidzir (tekong), Afifuddin Razali (perejam) dan Norfaizzul Razak (pengumpan), tidak berdepan laluan mudah untuk memenangi set pertama.

Tigris, yang menurunkan Faisal Fuad (tekong), Noraizat Nordin (perejam) dan Muqlis Borhan (pengumpan), mengheret perlawanan ke 'tie-breaker' sebelum akur tewas 22-24 dalam set berkenaan.

Guardians, bagaimanapun, menampilkan aksi lebih kemas dalam set kedua untuk menamatkan saingan dengan kemenangan 21-16 ke atas Tigris, sekali gus memenangi gelaran naib juara musim ini berbaki dua perlawanan.

 

Dengan kemenangan ini ATM telah memastikan kedudukan Naib Juara milik mereka! KedudukN tempat ketiga dan keempat masih lagi terbuka. #STL2020 #INIMILIKKITA

Posted by SepakTakraw League on Tuesday, 29 December 2020


Keputusan lain:
PDRM Defenders 0 Negeri Sembilan Antlers 2
Kelantan Warriors 2 Pahang Mammoth 0
Selangor Pistons 2 Perak Bison 0

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen