PDRM Defenders tersingkir ke saingan Divisyen 1, Liga Sepak Takraw (STL) selepas menamatkan 18 perlawanan musim ini di tangga tercorot susulan kekalahan 0-2 kepada Selangor Pistons di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Pistons, yang semakin mendapat rentak menerusi gandingan tekong muda dalam pembikinan, Zuhri Zain, Amirul Syafiq Samudin (perejam) dan Farhan Adam (pengumpan) tampil bertenaga untuk mendominasi permainan sebelum mudah memenangi set pertama 21-15.

Jika saingan diberikan trio Defenders, yang dibarisi Izzat Zainal (tekong), Norhafizi Razak (perejam) dan Shahalril Aimin (pengumpan), dilabel sederhana dalam set pertama, set kedua pula menampakkan kegoyahan mereka untuk Selangor secara berterusan menguasai permainan sebelum menoktahkan cabarang dengan kemenangan 21-19.

Dengan kemenangan straight-set itu, ia menghidupkan peluang Selangor untuk mengisi tempat enam pasukan terbaik bagi melayakkan diri ke saingan Piala Juara-Juara STL tetapi mereka perlu mengharapkan Penang Black Panthers tewas kedua-dua baki perlawanan.

Defenders pula kekal di kedudukan tercorot dengan hanya mengumpulkan empat mata sepanjang musim ini.

Selangor menamatkan 18 perlawanan mereka musim ini dengan kemenangan keatas PDRM. Nasib Selangor untuk menempah tempat...

Posted by SepakTakraw League on Wednesday, 30 December 2020


Keputusan lain:
Perak Bison 2 Pahang Mammoth 1
Penang Black Panthers 2 ATM Guardians 0
Kuala Lumpur Thunder 1 Johor Tigris 2