Perejam muda Kelantan Warriors, Eqbal Shamsuddin, sudah tidak sabar untuk membuat perhitungan dengan ATM Guardians menjelang aksi Piala Juara-Juara Liga Sepak Takraw (STL) 2020 yang kembali membuka tirai 2 Mac depan.

Meskipun Kelantan tewas kepada Penang Black Panthers dalam perlawanan pembukaan 11 Januari lalu, ia tidak melunturkan semangat Eqbal untuk cuba membawa pasukan Cik Siti Wan Kembang itu ke separuh akhir biarpun berada dalam Kumpulan B yang dianggap kumpulan maut bersama sebuah lagi pasukan, Negeri Sembilan Antlers.

Persiapan rapi juga telah dilakukan dan Eqbal menaruh keyakinan tinggi untuk mencapai kemenangan minggu depan, sekali gus membalas kembali kedukaan tewas kepada ATM Guardians dalam saingan liga.


Bulan Mac ni kita teruskan semula saingan STL Champions Cup, jadi ayuh teruskan sokongan anda buat pasukan-pasukan anda @stl.my

Posted by Astro Arena on Tuesday, February 16, 2021


"Persiapan kami berjalan lancar.

"Kami sedang melakukan latihan di Kompleks Sukan Panji, Kota Bharu.

"Tiada pasukan yang tidak kuat, semuanya sama sahaja," katanya ketika dihubungi Astro Arena hari ini.

Baki saingan Piala Juara-Juara STL akan akan diadakan di Johor Bahru selama enam hari menerusi format gelembung sukan.