Penang Black Panthers dan Kuala Lumpur Thunder akan mencongak perhitungan terakhir dalam final Piala Juara-Juara STL esok selepas menewaskan lawan masing-masing di Studio Iskandar Malaysia, Johor Bahru sebentar tadi.

Terdahulu, Black Panthers melakukan kejutan apabila menumbangkan pasukan pilihan, Johor Tigris, biarpun pada awalnya ketinggalan satu set.

Tigris, yang dibarisi Faisal Fuad (tekong), Muqlis Borhan (pengumpan) dan Noraizat Nordin (perejam) mengungguli pertemuan sengit dalam set pertama dengan kemenangan 25-23.

Bagaimanapun, trio Black Panthers, Zarif Marican Ibrahim Marican (tekong), Shahalril Aiman Halim (pengumpan) dan Zulhusni Basri (perejam), ternyata lebih bernasib baik dalam set kedua untuk memenanginya 23-21.

Black Panthers kemudian mengesahkan kemaraan ke final hasil kemenangan 21-13 dalam set penentuan.

Johor harini dikejutkan oleh pasukan muda Penang malam ini apabila terkandas di separuh akhir harini. Penang akan bertemu dengan pemenang diantara KL dan ATM nanti. #STL2020 #INIMILIKKITA #STLCC2020

Posted by SepakTakraw League on Friday, 5 March 2021



Turut melangkah ke perlawanan akhir adalah Thunder yang terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan ATM Guardians dalam satu lagi perlawanan.

Gandingan Syahir Rosdi (tekong), Amirul Zazwan Amir (pengumpan) dan Azlan Alias (perejam) pada awalnya tewas mudah 21-17 dalam set pertama.

Bagaimanapun, mereka bangkit dalam dua set berikutnya untuk ke final hasil kemenangan 21-19, 21-14.

Kuala Lumpur akan bertemu dengan Penang Dalam perlawanan akhir yang akan berlangsung esok! #STL2020 #INIMILIKKITA #STLCC2020

Posted by SepakTakraw League on Friday, 5 March 2021