Piala Juara-Juara STL: Black Panthers mudah ke final

Oleh Staff Writer 27 Disember 2019 4367
Piala Juara-Juara STL: Black Panthers mudah ke final
Juara bertahan, Penang Black Panthers, mudah ke final Piala Juara-Juara STL apabila menumbangkan pasukan jemputan, Korea Haechi, 2-0 di Studio Iskandar Malaysia, Johor Bahru sebentar tadi.

Seperti kebiasaan, pasukan dari Korea Selatan itu membariskan Lim Taegyun, Kim Jungman dan Hong Seung-hyun selaku trio yang mencipta kejutan ke separuh akhir.

Bagaimanapun, Black Panthers, yang dibarisi Zarif Marican Ibrahim Marican, Azlan Alias dan Farhan Adam, jelas terlalu sukar untuk ditewaskan untuk pasukan dari utara tanah air itu mencatatkan kemenangan 21-15 dalam tempoh 26 minit set pertama.

Pasukan dari Pulau Pinang itu memaparkan aksi lebih garang dalam set berikutnya untuk memacu mata demi mata bagi mendahului 10-5 sehingga Haechi terpaksa menggantikan Seung-hyun dengan Seonwoo Yongsu.

Namun, pertukaran itu tidak mendatangkan sebarang impak dengan Black Panthers hanya selangkah lagi bagi mempertahankan kejuaraan apabila ke final dengan kemenangan 21-7 untuk melakukan perhutungan dengan Johor Tigris.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen