Piala Juara-Juara STL: Black Panthers mudah jinakkan Warriors

Oleh Ammar Hakim 11 Januari 2021 1319
Piala Juara-Juara STL: Black Panthers mudah jinakkan Warriors
Penang Black Panthers tidak berdepan sebarang masalah ketika mudah menumbangkan Kelantan Warriors dalam aksi Piala Juara-Juara STL sebentar tadi.

Biarpun dibarisi kebanyakan wajah muda, barisan pemain yang diketengahkan oleh Supian Nafiah menunjukkan aksi yang cukup matang untuk memberikan kemenangan yang selesa dalam aksi Kumpulan B.

Aksi Piala Juara-Juara antara dua pasukan itu berpihak kepada Penang Black Panthers dengan kemenangan 21-9, 21-11 dalam perlawanan yang berlangsung selama 43 minit.

Keputusan lain:

KL THUNDER 2 BOMBA FIGHTERS 0

JOHOR TIGRIS 2 PUTRAJAYA CYBORGS 1

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen