Penyandang juara Liga Sepak Takraw (STL), Perak Bison mula dengan langkah kanan apabila berjaya mengatasi pendatang baru saingan divisyen perdana, Selangor Pistons 2-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.

Liga Sepak Takraw (STL) divisyen perdana musim 2020 bermula selepas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Naina Merican, merasmikan penganjuran saingan tersebut dan ia dimulai dengan aksi pertama dan juga perlawanan Piala Sumbangsih antara Perak Bison dan Selangor Pistons.

Perak, juara Liga Perdana musim lalu, yang dibarisi oleh Meor Zulfikar (tekong), Fadzil Mustapa (apit kanan) dan Azwan Muhrim (apit kiri) sementara Selangor, juara divisyen 1, pula dibarisi oleh Azman Hamid (tekong), Hafiz Rahman (apit kanan) dan Farham Adam (apit kiri).

Kedua-dua pasukan memulakan permainan dengan cemerlang namun gerakan yang lebih teratur daripada juara bertahan serta beberapa kesilapan ketika melakukan servis daripada pasukan lawan membenarkan mereka menang set pertama 21-11.

Selangor berusaha untuk kembali menyamakan kedudukan dalam perlawanan ini, saling mengutip mata demi mata, Perak berjaya menemui rentak untuk mematah asakan Selangor menerusi servis cemerlang daripada Meor untuk membantu pasukan memenangi set kedua 21-14 sekaligus memenangi perlawanan ini.

Keputusan lain:

ATM GUARDIANS 2 PDRM DEFENDERS 0