Gagal capai kata sepakat, Zulkifli kekal bersama Terengganu Turtles

Oleh Staff Writer 13 Julai 2020 4098
Gagal capai kata sepakat, Zulkifli kekal bersama Terengganu Turtles
Hasrat bekas tekong negara, Zulkifli Abd Razak untuk memperkuat Kelantan Warriors dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) dibatasi selepas perbincangan antara ahli jawatankuasa pembangunan belia, sukan dan badan bukan kerajaan Negeri Terengganu yang gagal mencapai kata sepakat.

Pengerusinya, Wan Sukairi Wan Abdullah, enggan memberikan pelepasan kepada Zulkifli -- bermaksud, khidmat bekas tekong negara itu terpaksa dilupakan Kelantan Warriors sekaligus akan terus membarisi Terengganu Turtles.

"Zulkifli masih lagi bersama skuad Terengganu. Kami telah berbincang dengan pemain tersebut dan persatuan negeri sekaligus menyaksikan dia akan terus bersama pasukan Terengganu," kata Sukairi yang dihubungi wartawan Nadi Arena, Alice Harun.

"Kontraknya bersama Kelantan tertakluk kepada persetujuan kerajaan negeri untuk memberikan pelepasan untuk dia beraksi bersama Kelantan."

Sementara itu, Zulkifli atau dipanggil Sobey terpaksa akur dengan keputusan majikannya ketika dia kini berkhidmat selaku penjawat awam di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Jelas Zulkifli, "Saya masih lagi dibayar gaji oleh kerajaan Negeri Terengganu jadi saya tidak dapat beraksi bersama Kelantan untuk saingan STL akan datang."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen