Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Nasihin Nubli, menyenaraikan 30 pemain termasuk tiga muka baru dan enam pemain berpengalaman yang diketuai Nuraini Abdul Rashid dan Juliani Mohamad Din.

Nasihin mempunyai kira-kira enam bulan sebelum memimpin pasukannya ke Trofi Juara-Juara Asia Wanita di Donghae, Korea Selatan.

Pemilihan yang diketengahkannya menitikberatkan persembahan tekal yang ditonjolkan barisan pemain muda dalam Piala Tun Razak 2020 -- bersesuaian dengan misinya untuk membentuk pasukan mantap bagi jangka masa panjang.

"Selalunya pada waktu ini orang bercakap tentang soal permainan dan kecergasan tetapi apa yang paling utama, saya mahu menukar mentaliti dan karakter kental untuk menjadi pemain kebangsaan.

"Semangat berpasukan dan kesetiaan kepada pasukan, kami juga ingin perbaiki adab antara pasukan dan kakitangan.

"Dengan sedikit perubahan ke atas pasukan wanita ini, Insya-Allah dalam masa yang panjang kita akan nampak hasilnya," kata Nasihin.

Dalam masa sama, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bakal mengumumkan barisan kejurulatihan dalam masa terdekat memandangkan Nasihin dan Lailin Abu Hassan kini memegang jawatan ketua jurulatih.

Ketua Jurulatih Skuad Projek Khas Wanita, Nasihin Nubli Ibrahim mahu mewujudkan beberapa elemen baharu untuk...

Posted by Malaysian Hockey Confederation on Friday, October 2, 2020