Suffian harap julang piala pada usia 40 tahun

Oleh Penulis Jemputan 25 Oktober 2018 931
Suffian harap julang piala pada usia 40 tahun
Penjaga gol Terengganu FC (TFC), Suffian Rahman, berharap penampilannya dalam aksi final pada usia 40 tahun mampu memberi tuah untuk skuad Peteh muncul juara Piala Malaysia, Sabtu ini.

Suffian merupakan salah seorang tonggak utama TFC untuk mara ke final Piala Malaysia.

Aksi cemerlang yang ditampilkannya sepanjang saingan musim ini membantu skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu menamatkan kemarau tujuh tahun untuk sekali lagi kembali ke perlawanan akhir.

"Saya berharap aksi final amat bermakna buat saya dan berharap dapat menjulang gelaran bagi musim ini," kata Suffian.

Kali terakhir beraksi dalam final Piala Malaysia 2008 bersama Selangor, Suffian berazam kekalahan 3-2 kepada Kedah ketika itu dapat dipadamkan dan meraih kejayaan bersama TFC. 

"Saya akan memberikan yang terbaik ketika berdepan Perak. Saya berharap keputusan berpihak kepada TFC."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen