Saya hanya berikan tumpuan kepada aksi final -- Rizal

Oleh Staff Writer 25 Oktober 2016 17
Saya hanya berikan tumpuan kepada aksi final -- Rizal
Pertahanan kental Kedah, Rizal Ghazali, mengakui tumpuannya hanya untuk aksi berdepan Selangor sekalipun mendapat banyak tawaran lumayan daripada beberapa pasukan gergasi tempatan.

Itu susulan aksi cemerlangnya bersama Kedah musim ini sehingga memikat pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee, untuk dipanggil menyertai skuad kebangsaan baru-baru ini.

"Saya hanya memberikan tumpuan kepada aksi final untuk majikan saya yang sekarang dan saya tidak memikirkan tentang perkara-perkara luar. Berhijrah atau tidak, jika ada rezeki pastinya ada," katanya.

Mengulas mengenai pertemuan Ahad ini, pemain berusia 24 tahun dari Baling itu mengakui skuad Hijau Kuning kini lebih bersedia untuk membawa pulang trofi kejuaraan ke negeri jelapang padi itu sejak 2008.

"Tahun ini pasukan kelihatan lebih konsisten dari segi pemain. Coach mungkin akan terapkan taktikal yang lain sedikit untuk final kali ini."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen