Sathianathan akur Selangor belum capai standard JDT

Oleh Penulis Jemputan 27 Oktober 2019 3014
Sathianathan akur Selangor belum capai standard JDT
Ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan, menerima hakikat bahawa pasukannya masih belum mencapai standard untuk menandingi Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas disingkirkan dengan agregat 5-1 dalam separuh akhir kedua Piala Malaysia semalam.

Ia selepas skuad Harimau Selatan itu menunjukkan taring sebenar dengan kemenangan 3-0 di Stadium Shah Alam biarpun membawa bekalan tipis daripada perlawanan pertama di Larkin minggu lalu.

"Dalam perlawanan tadi, benar, saya tidak boleh cakap yang kami kurang bernasib baik.

"Saya kena mengaku terdapat jurang dan mereka lebih baik daripada aspek kerjasama dan sebagainya.

"Itulah perbezaannya, mereka beraksi lebih baik," katanya.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan itu turut mendedahkan akan kekal membimbing Selangor musim depan.

Meskipun belum ada pengumuman rasmi, Sathianathan sudah mempunyai perancangan untuk menguatkan pasukan itu musim depan.

"Ramai di Facebook yang tidak suka saya.

"Tidak mengapalah, saya bukannya baca Facebook.

"Tetapi realitinya, saya berbangga dengan pemain kami.

"Mereka sudah banyak meningkat.

"Mereka menamatkan liga di tempat ketiga, saya tidak tahu mereka menamatkan musim lalu di kedudukan ke berapa.

"Bagi saya ia satu peningkatan dalam liga dan Piala Malaysia," tambahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen