Piala Malaysia: Mara ke final cukup bermakna buat Nidzam

Oleh Penulis Jemputan 22 Oktober 2017 894
Piala Malaysia: Mara ke final cukup bermakna buat Nidzam
Jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff, menganggap kejayaan anak buahnya melangkah ke final Piala Malaysia sebagai satu pencapaian yang cukup manis selepas aksi pembukaan musim ini turut melibatkan pasukan sama, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan ditentang dalam final nanti.

Nidzam lega apa yang direncanakan memihak kepada anak buahnya selepas mempamerkan aksi sempurna untuk Kedah melangkah ke final Piala Malaysia buat kali keempat.

Perancangan untuk memastikan Felda United gagal mencetak jaringan pada separuh masa pertama membuahkan hasil dan dua jaringan Sandro da Silva dalam separuh masa kedua cukup untuk Kedah
sekali lagi membuktikan mereka adalah juara bertahan yang memiliki kualiti.

“Kami telah berusaha untuk memastikan pasukan lawan tidak berjaya menjaringkan gol dan dua gol yang dihasilkan Sandro membawa kami ke final,” kata Nidzam.

Sementara itu, kehampaan jurulatih Felda United, B. Sathianathan, terserlah selain turut melabelkan anak buahnya gagal berfungsi dengan baik pada babak pertama.

Sathianathan turut menyifatkan barisan tengahnya tidak memiliki kredibiliti terbaik untuk mengatasi kekuatan jentera tengah Kedah sehingga menjadi punca kegagalan mereka di Stadium Darulaman.

“Separuh masa pertama, kami gagal bermain terbaik. Tetapi pada separuh masa kedua, saya melihat Felda bermain lebih baik berbanding Kedah,” kata Sathianathan.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen