Piala Malaysia: Izham mahu kekal fokus hingga final

Oleh Penulis Jemputan 22 Oktober 2017 217
Piala Malaysia: Izham mahu kekal fokus hingga final
Penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Izham Tarmizi Roslan, enggan lena dibuai mimpi dengan kejayaan semalam kerana beranggapan aksi final lebih menjadi keutamaan.

“Saya sangat bersyukur dengan kemenangan dalam perlawanan ini tetapi sasaran kami adalah untuk meneruskan momentum ini dalam final nanti,” katanya.

Kejayaan JDT mula dijelmakan Gonzalo Cabrera menerusi gol pendahuluan pada minit ke-57.

Gabriel Guerra memastikan tuan rumah rumah selesa di depan apabila meledak gol kedua pada minit ke-74 sebelum Cabrera melengkapkan kemenangan 3-0 pada minit ke-80.

Kemenangan itu menyaksikan JDT mara ke final dengan agregat 4-1 untuk bertemu juara bertahan, Kedah, dalam final 4 November ini.

“Kami telah mengikut perancangan yang telah ditetapkan selepas aksi pertama bertemu Perak dan hasilnya kami meraih tiga gol.”

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen