Piala Cabaran: UKM intai musnahkan hasrat JDT II 

Oleh Penulis Jemputan 11 Oktober 2019 204
 Piala Cabaran: UKM intai musnahkan hasrat JDT II 
Pentas final Piala Cabaran 2019 bakal menyaksikan UKM FC menentukan kejuaraan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) II di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras bagi pertemuan kedua, malam esok. 

Pertemuan pertama minggu lalu menyaksikan UKM tewas tipis 0-1 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang. 

Menurut penolong ketua jurulatih, Juzaili Samion, ia misi wajib menang buat pasukan The Varsity Boys itu memandang ia merupakan pentas final kali kedua buat UKM, namun memasuki ke peringkat final sudah dikira pencapaian terbaik buat mereka. 

Cabaran mereka adalah kelibat pemain berpengalaman, Fadhli Shas dan Ahmad Hazwan Bakri, yang bakal memperkuatkan barisan JDT II.

Ikuti laporan penuh dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini. 
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen