PERAK 5 SABAH 0

Perak sudah hampir pasti ke final Piala Malaysia kecuali malapetaka yang dapat menghalang mereka selepas membelasah Sabah 5-0 dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Perak, malam ini.


Kejutan yang dipamerkan Sabah dalam saingan Piala Malaysia musim ini ternyata tidak memberikan sebarang impak negatif kepada barisan kendalian Mehmet Durakovic itu yang memburu slot ke final semula selepas sekian lama.

Jaringan Nor Hakim Hassan dan Wander Luiz membenarkan tuan rumah mendahului perlawanan dengan dua gol dalam babak pertama perlawanan.

Memiliki kedudukan yang selesa, namun Perak tetap mempamerkan aksi agresif apabila mencetak tiga lagi jaringan, dengan Gilmar da Silva, Firdaus Saiyadi dan Leandro dos Santos memahatkan kemenangan The Bos Gaurus, sekali gus membawa bekalan besar untuk aksi timbal balik di Likas, dua minggu lagi.