Penundaan Piala Malaysia: Pemain, jurulatih tersepit isu kontrak

Oleh Shaiful Shamsudin 9 November 2020 5273
Penundaan Piala Malaysia: Pemain, jurulatih tersepit isu kontrak
Ketua jurulatih Pulau Pinang, Manzoor Azwira Abdul Wahid, gusar jika Piala Malaysia ditangguhkan melangkaui  bulan depan.

Ia susulan pertindihan saingan piala tertua di Asia Tenggara itu dengan persiapan awal musim.

"Akan timbul isu kontrak pemain dan jurulatih setiap pasukan yang akan tamat bulan depan. 

"MFL mungkin menunda ia ke tarikh yang lain," kata Manzoor ketika dihubungi hari ini. 




Penggempur Terengganu, Lee Tuck, turut meluahkan kekhuatiran berhubung masa depannya bersama pasukan Pantai Timur itu ekoran kontraknya akan luput dalam tempoh tiga minggu lagi.

"Ia satu situasi yang sukar memandangkan kontrak kami akan berakhir hujung bulan ini. 

"Sukar untuk Piala Malaysia dianjurkan. Kami tidak pasti bagaimana ia boleh dilangsungkan. 

"Saya pula perlu tunggu Piala Malaysia tamat sebelum dapat putuskan hala tuju  disebabkan pengurusan belum memberi kata putus sama ada akan kekalkan saya atau tidak," katanya dengan Sang Penyu sepatutnya berdepan juara 2018, Perak. 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen