Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora, membayangkan kejutan apabila mengambil pendekatan berahsia mengenai status sebenar penyerang utamanya, Diogo Luis Santo, menjelang perlawanan menentang Selangor dalam separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam esok.

Walaupun Diogo menyertai kunjungan ke Shah Alam, Mora seakan-akan merahsiakan status kecergasan sebenar pemain itu dengan menjelaskan tiada sebarang jaminan untuk ayam tambatannya itu diturunkan dalam kesebelasan utama.

"Diogo baik-baik sahaja, dia telah mula berlatih bersama pasukan.

"Jika segala-galanya berjalan lancar, dia mungkin berpeluang untuk beraksi.

"Kita perlu menunggu dan melihat apa yang akan terjadi," katanya.