MFL umum batal Piala Malaysia

Oleh Shaiful Shamsudin 12 November 2020 2226
MFL umum batal Piala Malaysia
Selepas dilanda impak COVID-19, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menerusi laman sosial sebentar tadi mengumumkan pembatalan Piala Malaysia 2020.

Penganjur kejohanan itu gagal dalam rayuan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam, bagi meneruskan pusingan kedua kejohanan berprestij  berkenaan di sebalik mengemukakan cadang mengadakan baki saingan dalam format karnival di tiga negeri yang tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), iaitu Kelantan, Pahang dan Perlis.
 

TM PIALA MALAYSIA 2020 DIBATALKAN SUSULAN KEPUTUSAN PENANGGUHAN OLEH MKN Malaysian Football League (MFL) telah mencapai...

Posted by Malaysian Football League on Wednesday, November 11, 2020


Berikutan Piala FA musim ini juga dibatalkan lebih awal, Piala Malaysia 2020 pula secara tidak langsung menjadi pelantar untuk menentukan tiket ke Piala AFC musim depan.

Hasrat untuk meneruskan kejohanan kalah mati itu juga sempat disuarakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Dari Reezal Merican Naina Merican dalam sidang Parlimen semalam.
 

👏 Sah! Lapan pasukan yang akan berentap pada suku akhir TM Piala Malaysia 2020! 🏆 Perlawanan mana paling menarik perhatian anda? 😍 #TMPialaMalaysia2020

Posted by Malaysian Football League on Sunday, November 8, 2020


Lapan pasukan yang sudah pun melayakan diri ke suku akhir terdiri daripada Johor Darul Ta'zim (JDT), Pulau-Pinang, Perak, Terengganu, Kedah, Selangor dan UiTM selepas mengalahkan lawan masing-masing selain Kuala Lumpur yang mendapat laluan khas berikutan Sabah menarik diri atas alasan hampir serupa, hari yang sama sebelum membatalkan kunjungan ke Stadium Hang Jebat bagi menghadapi UiTM dalam perlawanan terakhir Liga Super, 29 Oktober lalu. 



Dua jam sebelum pengumuman MFL itu, Menteri Kanan MKN, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan di media sosial mengenai sebab-sebab pertandingan bola sepak sukar diadakan dalam penularan pandemik ketika ini.

 

Pak Long teliti pelbagai komen yang diutarakan warganet berkenaan penganjuran bola sepak. Pak Long faham kemarahan...

Posted by Ismail Sabri Yaakob on Wednesday, November 11, 2020

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen