Johor Darul Ta'zim (JDT) menjalani latihan rasmi di Stadium Nasional, Bukit Jalil hari ini sebagai persiapan menjelang perlawanan menentang Kedah dalam final Piala Malaysia esok.

Walaupun keadaan padang tidak kelihatan baik ekoran hujan, rata-rata pemain yang ditemui tetap berpuas hati.

Barisan pemain JDT dilihat dalam keadaan yang cukup bersedia bagi mengulangi pencapaian pada 2017 apabila mereka menewaskan lawan sama untuk dinobatkan sebagai juara.

Dalam pada itu, penyokong Kedah pula yakin pasukan mereka mampu menundukkan JDT untuk meraih kejuaraan kedua musim ini -- selepas menjuarai Piala FA menewaskan Perak, Julai lalu.

Ikuti perkembangan menjelang final Piala Malaysia dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.