Faisal tidak terkejut Pahang diundi lawan Kedah

Oleh Muzaffar Musa 1 November 2020 6311
Faisal tidak terkejut Pahang diundi lawan Kedah
Pemain tengah Pahang, Faisal Halim, tidak terkejut apabila pasukannya diundi untuk bertemu Kedah dalam pusingan pertama Piala Malaysia bermula Jumaat ini.

Jelasnya, pemain Pahang perlu menganggap setiap perlawanan edisi ini seperti perlawanan final memandangkan format baru musim ini tidak memperuntukkan sebarang perlawanan peringkat kumpulan.

Jika melepasi halangan Kedah, mereka akan menantikan lawan seterusnya, sama ada Selangor atau Melaka United, di peringkat suku akhir.

"Perlawanan pertama menentang Kedah ini, apabila saya menonton secara langsung majlis undian tadi, ia tidak berapa mendebarkan kerana kami sudah berdepan mereka dalam Liga Super," katanya kepada Astro Arena.

"Jadi, kami perlu menganggap setiap perlawanan Piala Malaysia ini seperti final."

Pahang diundi untuk bertemu Kedah menerusi majlis undian Piala Malaysia yang disiarkan secara langsung pagi tadi.

Bagi ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, pasukannya mempunyai kelebihan memadangkan akan beraksi di laman sendiri tetapi mengingatkan skuad Lang Merah itu bahawa Pahang bukanlah satu lawan yang mudah.

"Saya fikir ia adalah undian yang adil. Kami hanya perlu fokus kepada pasukan kami dan memberikan yang terbaik.

"Amat baik apabila kami akan beraksi di Stadium Darul Aman tetapi tidak ada apa yang mudah dan Insya-Allah, kami akan memberikan yang terbaik," katanya.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen