Ketua Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, berkata tiada masalah baginya untuk Liga Malaysia (Liga-M) bermula semula pada September depan, walaupun kerajaan Malaysia telah membenarkan penganjuran kejohanan dan pertandingan tempatan untuk sukan kontak tanpa penonton bermula 15 Ogos.

Beliau berkata, untuk memulakan semula Liga-M pada September juga tiada masalah, kerana semua pasukan telah diberikan masa yang lebih panjang untuk berlatih dan pasukan dibenarkan untuk mengadakan latihan kontak bermula hari ini.

Durakovic, yang memainkan peranan penting dalam membantu Perak menjuarai Piala Malaysia 2018 berkata, apa yang penting sebelum bermulanya liga ialah memastikan kecergasan pemain berada di tahap terbaik bagi mengelakkan kecederaan.

| Gym sessions with boys. ?? #KejorrYobKejorr #KejorrYobSkorr

Posted by Perak TBG on Sunday, July 12, 2020


“Kami mempunyai masa untuk kumpulkan semua pemain dalam satu masa, sama ada kami kita bermula lebih awal atau September depan. Tiada pasukan pun dapat apa-apa kelebihan kerana kami semua dalam situasi sama. Daripada segi tempoh masa latihan yang lama, semua pasukan melalui perkara itu jadi tiada masalah.

“Kalau bermula bulan depan mungkin kebaikannya daripada aspek lain pula, jadi terserah kepada MFL (Liga Bolasepak Malaysia) untuk memutuskan kerana bagi saya, kedua-duanya tetap pilihan yang tetap pilihan positif buat pasukan ," katanya dalam satu kenyataan.

Badan penganjur ligaitu merancang untuk memulakan Liga Super dan Liga Perdana 2020 masing-masing pada 1 dan 2 Sept dengan format baru separuh liga, manakala pusingan kalah mati akan melibatkan 16 pasukan akan mengantikan perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Sementara itu, Piala FA dan Piala Cabaran telah dibatalkan.

Dalam masa yang sama, Durakovic gembira kerana semua pasukan kini boleh melaksanakan latihan kontak pasukan selepas hampir sebulan mengendalikan latihan pasukan tanpa kontak.

“Saya memang tidak sabar untuk melihat semua pemain berkumpul kerana ketika ini sesi latihan agak terhad apabila perlu dibahagikan kepada beberapa kumpulan,” katanya.

Lembaga Pengarah MFL akan memutuskan tarikh rasmi permulaan semula Liga-M, selepas menerima laporan penuh daripada Sekteriat MFL dalam masa terdekat.

Bernama