Durakovic gembira sokongan penonton

Oleh Hairi Yahaya 14 Oktober 2017 1380
Durakovic gembira sokongan penonton
Pengendali Perak, Mehmet Durakovic, nyata teruja apabila dikhabarkan Stadium Perak akan penuh dibanjiri 28,000 gelombang kuning peminat The Bos Gaurus apabila menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia, esok.

"Sepuluh tahun peminat menunggu. Semua teruja dan stadium penuh.  Oleh itu, kami berjanji untuk menampilkan satu permainan yang menarik malam esok," ujar Durakovic. 

Mengenai persiapan taktikal pasukan, dia tidak menafikan ia akan menjadi malam yang sukar kerana berhadapan JDT.

"Kem Perak kehilangan beberapa tonggak penting seperti Hafiz Kamal dan Nazrin Nawi. Terbaru dalam senarai ialah Leandro Dos Santos yang tidak pasti cergas sepenuhnya tetapi saya yakin pemain yang  masuk menggantikan mereka dapat memikul tanggungjawab yang diberikan.

"Lagipun ini separuh akhir.  Saya harap malam esok semua menikmati perlawanan besar ini," tamnbahnya.

Sementara itu, berita daripada Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) mengatakan semua tiket perlawanan di antara Perak dan JDT malam esok telah habis dijual.

Tentang Penulis

Hairi Yahaya

Komen