Pemain import Kedah, Zachary Anderson, ingin memastikan pergerakan bahagian serangan Selangor dapat dikekang sepenuhnya bagi menghalang kemaraan skuad Lang Merah itu ke separuh akhir Piala Malaysia.

Kedah bakal menerima kunjungan Selangor di Stadium Darulaman malam ini, dengan kelebihan susulan kemenangan 3-2 ke atas Gergasi Merah di Stadium, 15 September lalu.

Begitupun, Selangor berjaya memperoleh dua jaringan dalam pertemuan itu dan ia sedikit mendatangkan kerisauan benteng pertahanan Kedah untuk menangani bahagian serangan Selangor.

"Saya gembira dapat menjaringkan tiga gol. Jadi, kami akan pergi ke sana untuk mendapatkan keputusan yang baik dan tiga jaringan yang baik adalah karakter yang cemerlang," katanya.

Di sebalik persiapan menentang Selangor, Anderson meniti detik-detik akhirnya sebagai pemain skuad Lang Merah apabila memutuskan tidak menyambung kontrak bagi musim hadapan.

Begitupun, dia tidak menganggap perkara ini menjejaskan persembahannya di atas padang kerana masih ada misi yang belum dapat disempurnakan, iaitu meraih Piala Malaysia bersama Kedah.

Sepanjang musim ini, Anderson sudah memenangi dua trofi, iaitu Piala Sultan Ahmad Shah serta Piala FA.

"Tiada tempoh yang baik selain memenangi trofi. Jadi saya mahu mencari piala ketiga. Ia adalah musim yang cemerlang tetapi saya memikirkan masa depan dan saya masih mahu memenangi Piala Malaysia," tambahnya.