Piala FA 2017: JDT berdepan Felda di peringkat awal

Oleh Shaiful Shamsudin 22 Disember 2016 2
 Piala FA 2017: JDT berdepan Felda di peringkat awal
Juara bertahan Piala FA, Johor Darul Ta'zim (JDT), yakin dalam saingan itu musim depan walaupun mendapat undian mencabar berdepan Felda United dalam pusingan kedua, di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, 15 Februari depan.

Bagi Setiausaha Kehormat, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Kapten Mohd Fahmy Yahya, skuad JDT kendalian Mario Gomez sudah melakukan persediaan terbaik untuk menghadapi saingan musim 2017. 

Walaupun bakal berdepan pasukan yang dianggap antara pencabar utama JDT dalam pusingan kedua, Fahmy optimis Harimau Selatan berupaya menangani cabaran skuad bimbingan Azmi Mohamed itu. 

"Kami akan memberikan aksi terbaik seperti biasa. Kami akan bertandang ke gelanggang lawan dan persiapan pun telah dibuat. Latihan dan strategi juga telah diaturkan dengan sempurna," katanya. 

Skuad JDT bakal mengadakan latihan pra-musim di luar negara serta aksi persahabatan dengan beberapa kelab luar negara sebelum saingan Liga Super bermula 20 Januari depan. 

Selain aksi Felda dan JDT, satu lagi aksi menarik dalam pusingan kedua Piala FA melibatkan pertembungan juara dan naib juara Liga Perdana musim lalu, Melaka United dan PKNS FC. 

Dalam pada itu, pengendali Felda United, Azmi, terus menghilangkan diri dan mengelak bertemu media selepas undian Piala FA, hari ini. 


Pusingan pertama: 5 Februari 2017

PusinganPertama


Pusingan kedua: 17 Februari 2017

Pusingan kedua

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen