Semalam, pasukan OneXOX TKKR SAG mengumumkan salah seorang pelumbanya, Muzzakir Mohd, dijangkiti pandemik itu.

Jangkitan itu berlaku melalui rakan serumahnya yang bekerja di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Pelumba kategori CP150 itu kini dirawat di Hospital Sungai Buloh

"Buat masa ini saya ikut arahan dan nasihat daripada doktor untuk tindakan seterusnya.

"Saya berpesan kepada rakan serumah agar menyah-kuman dan jangan gunakan peralatan yang saya gunakan di dalam rumah.

"Mereka juga dalam kuarantin, jadi kami ambil langkah berjaga-jaga demi semua pihak. Emak saya cukup risau, sebelum ini dia banyak menangis tetapi sekarang mula memberikan kata-kata semangat kepada saya," katanya, yang mengakui mengalami gejala sebelum merujuk kepada pegawai kesihatan, ketika dihubungi wakil Astro Arena, Muiz Aziz, hari ini.

Salam Semua Dukacita dimaklumkan seorang pelumba kami iaitu Muzzakir Mohd disahkan terkena jangkitan covid19...

Posted by Onexox TKKR SAG Team on Wednesday, October 28, 2020


Berikutan penundaan Kejuaraan Cub Prix pusingan keenam baru-baru ini, Muzzakir dikhabarkan tidak berkunjung ke pangkalan pasukan itu di Seremban, Negeri Sembilan.

"Dalam tempoh tiga minggu ini sehingga dia menjalani ujian calitan semalam, dia tidak ada datang ke markas kami di Seremban II ini.

"Tiada anggota yang datang (ke markas kami) kerana perlumbaan terakhir berlangsung berakhir 19 September lalu," kata Pengurus OneXOX TKKR, Syed Ahmad Nizam Syed Ahmad.