Fabio Quartararo melabel kemenangannya dalam Grand Prix (GP) Doha mampu menyuntik peningkatan keyakinannya sambil menjangkakan lebih banyak peningkatan susulan pencapaiannya musim lalu.

Quartararo menaiki podium sebanyak tiga kali tahun lalu dan memberikan Monster Yamaha kemenangan kedua berturut-turut di Qatar, tengah malam tadi.

Bermula dari petak kelima, pelumba berusia 21 tahun itu melepasi garisan penamat di Litar Antarabangsa Losail itu di depan rakan senegara, Johann Zarco (Pramac Racing), untuk menghadiahkan Perancis podium berganda kelas perdana MotoGP yang pertama sejak 1954.

Rakan sepasukannya Zarco yang merupakan muka baru, Jorge Martin, turut meraih kejayaan podium sulungnya dalam MotoGP dalam sebuah perlumbaan mendebarkan yang menyaksikan catatan 15 pelumba paling sengit dalam sejarah.



Hanya 8.928 saat memisahkan di antara pemenang itu dengan Miguel Oliveira yang melintasi garisan di tempat ke-15 -- untuk catatan baru kepantasan venue berkenaan, iaitu 15.093 saat.

Quartararo bergelut dengan tekanan untuk menjulang kejuaraan pada 2020 tetapi mnengambil inisiatif dengan mendapatkan kepakaran psikologi dalam beberapa bulan terakhir.

Dia bersungguh-sungguh untuk merakamkan kemenangan pertama musim ini dalam perlumbaan kedua itu.

"Saya rasa kemenangan ini menawarkan saya lebih banyak keyakinan berbanding kemenangan tahun lalu memandangkan kali ini saya perlu menghambat kedudukan," katanya.

"Dalam ujian sukar ini saya sempat terpegun selepas melihat Ducati begitu pantas dan adalah sukar untuk mengalahkan mereka.

"Tetapi saya sebenarnya hanya perlu melihat kepada diri sendiri dan berusaha untuk menjadi yang terbaik, inilah yang kami lakukan hari ini dan ia memberi saya keyakinan pada masa depan."

Quartararo kini empat mata di belakang pendahulu kejuaraan, Zarco, menjelang perlumbaan GP Portugal, 18 April ini.