Mick Schumacher gembira menjawab soalan mengenai perbandingan dirinya dengan bapa, Michael, apabila meletakkan sasaran untuk menjadi terbaik dunia.

Pelumba berusia 21 tahun itu bakal membuat penampilan sulung bersama Haas tahun depan, mengikut jeak langkah bapanya, juara dunia tujuh kali.

Mick memenangi Kejuaraan Eropah F3 dan Formula Dua sebelum ini, membincangkan mengenai bagaimana kariernya bakal seiring dengan dengan pencapaian Michael sebelum tiba ke dalam saingan elit itu.

Harapan itu tidak menyebabkan dia kecewa, bagaimanapun, ketika dia membuat persiapan untuk berkongsi litar dengan Lewis Hamilton, yang mengikat rekod Michael dengan kemenangan ketujuh kejuaraannya.

"Saya rasa tidak apa-apa, sama sekali tidak mengganggu saya ketika saya mendapat soalan dan perbandingan," kata Mick Schumacher.

"Sudah tentu, saya mesti mengikut cara saya sendiri. Tetapi bapa saya adalah yang terbaik yang pernah ada dalam sukan ini; mengapa saya ingin menjauhkan diri daripada dia? "


Haas turut menandatangani Nikita Mazepin, bekas pesaing Mick dalam saingan F2, bakal membuat penampilan sulung di Grand Prix Australia 21 Mac nanti.

"Itu akan menjadi saat istimewa pada umumnya," tambah Schumacher. "Ya, anda boleh mengatakan bahawa [akan menjadi istimewa setelah mengikut Michael ke dalam F1]. Saya sudah berfikir bahawa ia akan sangat beremosi.

"Tetapi saya menantikan cabaran, semangat dan bekerjasama dengan pasukan."