F1: Lewis Hamilton mula terasa ancaman Red Bulls 

Oleh Shaiful Shamsudin 18 April 2021 516
F1: Lewis Hamilton mula terasa ancaman Red Bulls 
Lewis Hamilton mengakui dia pastinya tidak akan berdepan tugas sukar sekiranya dia memulakan musim 2021 dengan kejayaan kedua berturut-turut.

Juara bertahan Formula Satu (F1) itu meraih ke petak depan Grand Prix (GP) Emilia Romagna tetapi tidak akan mendapat sokongan daripada rakan sepasukannya dalam Mercedes, Valtteri Bottas, yang bermula di petak kelapan.

Sebaliknya, Sergio Perez akan bermula di sampingnya di Imola, malam ini, sementara rakan sepasukannya dalam Red Bull, Max Verstappen, di tempat ketiga.

Hamilton menerima kedudukan dan kederasan jentera Red Bull itu yang bermakna mereka akan mempunyai kelebihan dalam usaha menyekatnya daripada mengungguli dua perlumbaan pembukaan buat pertama kalinya dalam tempoh 15 musim.

 

"Jelas sekali ini sesuatu yang jauh berbeza dengan pengalaman masa lalu. Saya tidak ingat bila kali terakhir saya melihat Red Bulls mampu memberikan saingan sengit. 

"Jadi saya rasa esok jika kami dapat turun dengan teratur, maka mereka jelas mempunyai sedikit kelebihan daripada segi strategi," katanya peelumba Britain itu. 

"Tetapi ia bukan bereeti kami tidak mampu menghasilkan sesuatu yang unik dan melakukan sesuatu yang berbeza.

"Saya tidak begitu pasti apa yang berlaku dengan Valtteri. Sangat sukar untuk memotong kenderaan di sini jadi kami mungkin tidak akan dapat menyokong di antara satu sama lain dari awal perlumbaan. 

"Mungkin ia akan berhasil tetapi jika tidak, kami hanya perlu fokus kepada tugas masing-masing sambil berusaha melakukan apa yang terdaya agar pelumba tidak terus ketinggalan."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen