Pengurus pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, menggesa anak buah agar memanfaatkan peluang beraksi dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang bakal membuka tirai Sabtu ini.

Tumpuan semestinya terarah kepada naib juara dua kali Kelas CP150, Azroy Hakeem Anuar.

Bekas pelumba MotoGP negara itu menjelaskan hanya dua kategori menjadi fokus pasukannya iaitu CP150 selain pelapis bakat muda dalam Castrol Power One Racing Team yang akan beraksi dalam kelas Wira.

Tidak menyertai kelas pertengahan, CP125, Shahrol Yuzy menganggap banyak ruang yang boleh dipertingkatkan pelumbanya terutama Azroy Hakeem.

"Ada sedikit masalah tetapi dalam masa yang sama, semua pasukan pun mengalaminya.

"Bila tiba minggu perlumbaan kelak, fokus kami adalah memburu kemenangan," katanya ketika ditemui bersama seorang lagi pelumba kebangsaan, Azlan Shah Kamaruzaman, dalam satu acara kerjasama di antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan bekas pelumba dalam usaha bantu mereka mencari peluang pekerjaan dalam kekangan COVID-19.


Yang ditunggu-tunggu telahpun muncul. Jadual sementara Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021.. Semoga berjalan...

Posted by Yuzy Racing on Thursday, February 4, 2021


"Memang sangat bagus sebab bekas-bekas pelumba dan yang aktif dapat bantu luar sana dapat membantu kempen keselamatan.

"Pelumba profesional memang patut beri kepada masyarakat bagi meningkatkan keselamatan dengan meningkatkan kawalan mereka terhadap motorsikal," kata Azlan Shah.