Kejuaraan Cub Prix 2021 akan bermula seperti yang dijadualkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 20 dan 21 Mac ini berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) gelembung sukan yang ketat.

"Terima kasih kepada semua pihak kerana dapat memastikan kejuaraan musim 2021 dilangsungkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

"Kami akan memastikan SOP berjalan lancar untuk memastikan sukan boleh kembali dalam keadaan pandemik ini," kata Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg.

Beberapa perubahan kecil dalam jadual Cub Prix musim 2021 apabila pusingan kedua juga akan dianjurkan di SIC pada 3 dan 4 April depan.

10 perlumbaan Cub Prix ditetapkan tahun ini dengan perlumbaan terakhir dijadual di SIC pada 18 dan 19 Disember.

ICYMI: Ni dia gais, kalendar terkini musim 2021 Kejuaraan #CubPrix Malaysia PETRONAS.

Posted by Malaysian Cub Prix on Thursday, March 11, 2021