Selepas lima tahun bersama, juara Cub Prix 2016, Akid Aziz, sah meninggalkan Yamaha Maju Motor untuk memulakan lembaran baru dalam kariernya dan kali ini dengan salah sebuah gergasi permotoran, OneXOX TKKR Racing.

Ia penghijrahan yang mengejutkan, namun dia menjelaskan kontraknya bersama Maju Motor sudah tamat tahun lalu.

Akid tampak bergelut pada musim lalu dengan hanya mampu menamatkan kedudukan keseluruhan di tangga keenam apabila hanya mengutip 68 mata.

Justeru, angin baru bersama TKKR Racing dilihat mampu untuk melonjakkan namanya dalam kancah permotoran tempatan.

"Sudah lima tahun bersama Maju Motor jadi saya terpaksa tamatkan kontrak.

"Saya mahu cari pengalaman baru sebab dan di sini saya berpeluang menimbanya dengan lebih baik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Adam Zamri, hari ini.


Posted by TKKR Racing Team on Thursday, February 25, 2021


Bekas juara kategori CP115, yang pernah berkelana ke Itali untuk berlatih di Akademi Valentino Rossi pada 2017 itu, dijangka akan bergandingan dengan Muzakkir Mohamed dan Mohd Shafiq Rasol untuk kategori perdana CP150.

"Saya tengok daripada segi pengurusan pasukan, mereka sentiasa menaik taraf pelumba.

"Saya masih baru tetapi dua pelumba lagi sudah mengharunginya "

Kalendar Cub Prix 2021 10 PUSINGAN UNTUK MUSIM 2021 KEJUARAAN CUB PRIX MALAYSIA PETRONAS Musim 2021 Kejuaraan Cub Prix...

Posted by Malaysian Cub Prix on Thursday, February 4, 2021